Belajar dari Universalisme Islam Seruan Nurcholish Madjid
Salah satu fenomena penting yang terjadi di negaera-negaera Muslim di era modern adalah lahirnya pembaharuan pemikiran Islam. Para pembaharu muncul untuk mengarahkan umat Islam untuk mengubah cara pandang mereka, sehingga Islam terasa lebih segar, lebih relevan, dan lebih berghairah menyambut perubahan. Di Indonesia, ada seorang tokoh pembaharu bBernama Nurcholish Madjid (1939-2005), atau akrabnya dipanggil Cak Nur. Meskipun ada lebih ribuan sarjana dan ahli Islam di Indonesia, namun hanya sedikit yang bersungguh-sungguh tumbuh menjadi pemikir, ahli falsafah, dan pembaharu. Cak Nur adalah salah satunya.
Sekitar Bahasa, Kuasa dan Pemberdayaan
Setiap kali kita memperkatakan atau membicarakan tentang bahasa, yang sering menjadi fokus ialah perkara-perkara berkaitan nahu, sebutan baku, struktur tatabahasa, laras kata, loghat dan sebagainya, yang secara dasarnya bersifat teknikal. Jarang sekali kita membicarakan isu-isu berkaitan kuasa dan pemberdayaan, sedangkan ketiga-tiga perkara ini sangat berkait rapat, terutama sekali apabila kita memikirkan peranan bahasa dalam transformasi sosial.
Perlu dijelaskan bahawa yang ingin dipermasalahkan bukan perkara-perkara teknikal berkaitan bahasa itu sendiri, tetapi obsesi terhadap perkara-perkara tersebut sehingga ianya menjadi sesuatu yang dominan di sfera publik, sehinggakan isu-isu yang substantif dipinggirkan dan jarang atau tidak langsung diberi penekanan.
Teladan Sejarah dari Masyarakat Majmuk Khilafah Uthmaniyah
Masyarakat Islam di Singapura pasti seringkali mendengar istilah ‘masyarakat majmuk’. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, masyarakat majmuk bererti sebuah masyarakat yang terdiri daripada beberapa bangsa dan kaum. Ini termasuk kewujudan pelbagai agama. Maka dari sudut bahasa, jelas menunjukkan masyarakat Singapura hidup di dalam sebuah masyarakat majmuk yang terdiri dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan ramai lagi, dan juga agama yang berbeza-beza. Namun, masyarakat majmuk bukan sekadar menerima kenyataan fakta akan wujudnya kepelbagaian. Ianya memerlukan kita menolak diskriminasi dan menerima kesetaraan setiap warga walaupun berbeza kaum dan agama.
Belajar dari Agama Rasional dan Semangat Kosmopolitanisme Seruan Ibn Rusyd
Tidak semua pandangan lama itu usang dan tidak lagi relevan. Terhadap karya para tokoh falsafah klasik, tentu saja kita perlu bersikap kritis. Tetapi, sesiapa saja yang cermat akan mampu melihat adanya inspirasi dari pemikir terdahulu; asalkan kita tidak terjebak ke dalam suatu romantisisme, apatah lagi pengagungan naif atas zaman keemasan Islam. Memandang ke belakang hanya akan produktif sekiranya dilandasi prinsip al-muhafazhah ‘ala al-qadim ash-shalih wa al-akhdz bi al-jadid al-ashlah (menjaga hal-hal baik dari masa lalu, mengambil yang lebih baik dari hal-hal baru). Inilah pendekatan artikel yang akan membahaskan pemikiran tokoh besar Islam, Ibn Rusyd yang lahir pada abad ke-12.